::SELAMAT DATANG::

Thursday, October 28, 2010

Komik: Tudung Express

Tudung express...Tudung express..Salah ke pakai tudung express ni? hehe..jawapannya tak salah..cuma cara pemakaian tu kadang buat tudung express dan yang sejenis dengannya ni nampak bermasaalah..Ntahlah, bagi aku personally pon, tudung ni ok je and memudahkan wanita lagi..Cuma, kalau sesuatu tu terlalu diambil mudah lain pula jadinya..Ramai gadis-gadis yang memperagakan tudung ni (berdasarkan pemerhatian aku) tak lagi ikut cara pemakaian betul-betul Islamik. Sakit mata beb! Mungkin akibat pengaruh media (terutamanya TV, cth tudung express the series) yang memperagakan tudung express macam tu, jadi ramai gadis yang terikut- ikut. Oh, memang manusia yang keliru ni  makin hari bertambah ramai. Cantik ke? Cuba tanya majority lelaki, mereka akan kata yang bertudung biasa, bersederhana, tak melampau dan tidak memudahkan dalam berpakaian itu adalah yang paling cantik. =)


"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya". (Riwayat Bukhari dan Muslim).




Bersederhana itu cantik  ^________________^

X-School in the making! =)


X-School? Macam bagus je tajuk..hehe..sebenarnya Komik ni adalah komik yang dilukis masa sekolah dulu..Masa tu aku sangat terinspirasi dengan x-games, gelagat kawan-kawan yang suka meluncur (skating) dan dress up hip hop..hehe..Maklum la, zaman sekolah kan, mudah sangat terikut-ikut..Memandangkan aku tak boleh ikut cara diorang, aku pon lukis lah karakter mereka untuk diabadikan dalam komik..Bila aku tengok balik komik yang aku lukis masa tahun 2004-2005 tu aku rasa kagum...Dan ada sedikit lam hati rasa if aku tak berhenti melukis masa tu mungkin aku tak jadi cam sekarang (keras tangan dan tak boleh melukis). Uhuk uhuk! Jadi, aku pon bertekadlah untuk lukis balik komik tu dimasa lapang aku nanti selepas graduasi. Walaupun karakter2 komik ni bersubang, hisap rokok etc, tapi endingnya tetap ada unsur2 kearah kebaikan. Cuma aku tak sempat habis lukis dah nak SPM.. Pastu tak sambung pon..Ada 3 chapter semuanya..Seronok weh tengok lukisan zaman sekolah...weeeeee! =D





Ini adalah watak-watak asal yang dah dilukis semula.  =) Akan mula usaha melukis kembali komik ni selepas selesai dengan final exam. 


Ms. 1: Err..memang fail lukis bangunan..hehe..Oh, komik ni takkan diupload di facebook atau mana-mana laman sosial. Terlalu mahal untuk dikongsi. =b


Saturday, October 9, 2010

lukis! lukis! lukis! #2

Melukis melukis melukis~ Assignment banyak nak kena submit tapi still nak melukis. Quiz tak habis baca lagi, tapi still nak melukis. Final da dekat tapi still nak melukis. Nak study ke nak melukis Suppie oiiii~ >.<











Ok! Dah! Cukup! Tak mahu melukis dah..Masa untuk study and prepare untuk graduasi..lalalalala~ *muka poyo*

Komik: Disebalik iklan ubat gigi Colg*** yang korang tak tahu :p

Situasi: 
Seorang doktor gigi berdiri di tengah-tengah kompleks membeli belah dengan mesin pengimbasnya. Tiba-tiba menyapa seorang wanita yang dengan rela hati kemudian 'merelakan' gigi nya untuk imbasan dan pemeriksaan. Lepas dapat tahu yang gigi dia banyak germs (walaupun gosok gigi tiap-tiap hari) dia pon pulang untuk mencuba produk. Datang pula keesokan hari untuk imbasan kedua dan, WOW! Kuman sudah tiada. Hahaha~
Ntah la..Rasa tak masuk akal..Kasihan Doktor gigi tu..Sepatutnya beliau di klinik. :p



p/s: Dah tanya da member (seorang doktor gigi). Mesin imbasan tu sebenarnya tak wujud pon..Hehe~

KOMIK: Suatu Hari di Taman Bunga

Bersentuhan dengan sengaja dengan wanita yang bukan mahram tu permissible tak dalam Islam? Tentulah tak kan?ehehe..Tapi agak2 nya kenapa ramai orang buat? Jawapannya mudah je..Sebab tak boleh kawal nafsu. Nafsu tu bukan untuk kita stop, tapi untuk kita kawal. Nak kawal pula bukan mudah. Tapi insyaAllah..Setiap usaha kearah kebaikan tu akan ada ganjarannya...Kalau tidak di dunia, di akhirat kelak.. ^__________^



"bergomolan dengan khinzir itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". - Riwayat Ibn Majah

Friday, September 24, 2010

Komik : Atheism

Atheists ni seperti yang korang tahu adalah irreligous or unspiritual group yang claim dalam dunia takda Tuhan (Atheism tu sendiri dari perkataan Greek, 'without god'). Bagi diorang, secara rationalnya semua benda yang tak boleh dibuktikan secara empirical tak boleh diterima sebagai hujah. Tolol kan? huhu.

Dalam Islam, dan sebagai seorang Muslim, percaya kita pada Islam biar 100%..Kalau setakat percaya 50%, 80% ataupon 99% memang tak jadi..Sama juga dengan kewujudan benda ghaib..Kewujudan Tuhan, Malaikat, Syaitan hatta hukum2 Allah sekalipon. Kita mesti percaya dalam hati tanpa persoal sedikit pon..If ada segelumit pon dalam hati rasa tak percaya tu aku suggest korang pi amek air semayang pastu solat sunat taubat 2 rakaat..huhu..sama gak lah ngan bahagia ataupon omputih cakap happiness..Bahagia ni something yang intangible..Kita tahu dia wujud tapi kita takleh nampak. Ada orang kaya tapi tak bahagia, ada lak orang yang tak cukup makan minum tapi still bahagia..Cane korang nak explain benda tu scientifically? Tak boleh kan?? Kita just rasa 'kehadiran' dia dalam hati. Jika kewujudan Tuhan tu sesuatu yang kita boleh kaji scientifically, maka takkan nampak kehebatan Tuhan yang Maha Agung!

Bila jumpa orang yang tak percaya Tuhan and benda2 ghaib ni kadang2 aku nak tergelak. Diorang tahu yang secara 'rational' nya sesuatu takkan wujud tanpa ada orang yang mencipta, tapi diorang still tak percaya pada Tuhan. Ish ish ish~ *geleng kepala*


                     
Aku recommend korang buat camni if korang jumpa sapa2 yang suka question kewujudan Tuhan. :p

Thursday, September 23, 2010

lukis! lukis! lukis!

Errr...macam orang lain, aku pon ada sesuatu yang aku minat buat. Ada orang yang minat ambil gambar, ada orang yang minat menulis, tulis lagu bla bla bla..Aku pula, minat sangat melukis. hahah..Tapi kadang-kadang, bukan semua benda yang kita minat buat tu kita boleh buat.

Seawal usia 12 tahun (tak silap) aku dah mula melukis. Masa form 1, aku sekelas pula dengan sorang mamat chinese, Chee Kok Ban nama dia (tapi aku panggil dia Chiken Bun..hahahahah). Walaupon nama dia lucu, tapi mamat ni power gila melukis! Stroke komik dia ala2 Pendekar Laut, komik Hong Kong. Aku pon ambil lah kesempatan tu tuk belajar melukis ngan dia. Banyak yang aku belajar dari mamat ni.


ini komik yang aku buat masa form 3. hehe.


lagi sketch masa zaman 'jahiliyyah' dulu..hehe. :b


Jadi, nak dipendekkan cerita, masa sekolah dulu aku memang addicted ngan melukis. Siap berlawan ngan budak2 cina kat sekolah (hahaha..bajet power ah masa tu..)

Lepas masuk UIA aku da tak melukis lagi (Concentrate study ah kunun2). Sampai lah satu hari, masa 2nd year di main campus, aku diapproach oleh seorang member (nama dirahsiakan..hehe) untuk melukis. Member ni siap belikan aku drawing pen sebagai galakan..isk! Terharu...Dari situ aku pon start lah melukis balik. Tapiii.....Bukan senang beb! Tangan sudah keras..Ilmu2 yang dituntut dulu ngan Chicken Bun pon aku dah lupa..So, kena start fresh ah..huhu..

Orang tua2 kata, belajar bertatih dulu kalau nak berlari. Ini lukisan aku sekarang: 



tak ada la lawa sangat. haha~


Sekarang, selain dari melukis benda2 yang mengarut, dalam hati aku masih nak menyumbangkan sesuatu untuk agama. Cuma, dalam usaha aku ni, sentiasa ada batasan. Apa boleh buat...Aku hanya ada pen, tapi tak ada "brain". hehe..Blaja dan blaja!!setakat ni da ada dalam 15 komik2 Islamik. Cukup 50 da boleh buat personal compilation ..woohoooo!!

Selain daripada kesedaran agama, aku juga da mula menyedari sesuatu. BAKAT dan KEBOLEHAN adalah 2 benda yang berbeza. Semua orang BOLEH melukis, tapi bukan semua orang ada BAKAT untuk melukis. Jadi, aku akan gunakanlah KEBOLEHAN yang tak seberapa ni untuk buat sesuatu untuk bangsa dan Islam yang aku sangat cintai ni. InsyaAllah  ^________^



loser!

So, ini lah dia..setelah 2* tahun hidup kat muka bumi Allah ni, ni lah pertama kali aku menulis dalam blog. Oh, ya..aku memang loser! : b hah! Thanx to saudari Hafizah Zahidah yang encourage aku untuk menulis dalam blog. So, to be specific, blog ni  (mungkin) akan lebih banyak mengarut dari beri manfaat dan pencerahan ilmu. Jadi, Selamat datang! ^____________________^ v