::SELAMAT DATANG::

Thursday, October 28, 2010

Komik: Tudung Express

Tudung express...Tudung express..Salah ke pakai tudung express ni? hehe..jawapannya tak salah..cuma cara pemakaian tu kadang buat tudung express dan yang sejenis dengannya ni nampak bermasaalah..Ntahlah, bagi aku personally pon, tudung ni ok je and memudahkan wanita lagi..Cuma, kalau sesuatu tu terlalu diambil mudah lain pula jadinya..Ramai gadis-gadis yang memperagakan tudung ni (berdasarkan pemerhatian aku) tak lagi ikut cara pemakaian betul-betul Islamik. Sakit mata beb! Mungkin akibat pengaruh media (terutamanya TV, cth tudung express the series) yang memperagakan tudung express macam tu, jadi ramai gadis yang terikut- ikut. Oh, memang manusia yang keliru ni  makin hari bertambah ramai. Cantik ke? Cuba tanya majority lelaki, mereka akan kata yang bertudung biasa, bersederhana, tak melampau dan tidak memudahkan dalam berpakaian itu adalah yang paling cantik. =)


"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya". (Riwayat Bukhari dan Muslim).




Bersederhana itu cantik  ^________________^

X-School in the making! =)


X-School? Macam bagus je tajuk..hehe..sebenarnya Komik ni adalah komik yang dilukis masa sekolah dulu..Masa tu aku sangat terinspirasi dengan x-games, gelagat kawan-kawan yang suka meluncur (skating) dan dress up hip hop..hehe..Maklum la, zaman sekolah kan, mudah sangat terikut-ikut..Memandangkan aku tak boleh ikut cara diorang, aku pon lukis lah karakter mereka untuk diabadikan dalam komik..Bila aku tengok balik komik yang aku lukis masa tahun 2004-2005 tu aku rasa kagum...Dan ada sedikit lam hati rasa if aku tak berhenti melukis masa tu mungkin aku tak jadi cam sekarang (keras tangan dan tak boleh melukis). Uhuk uhuk! Jadi, aku pon bertekadlah untuk lukis balik komik tu dimasa lapang aku nanti selepas graduasi. Walaupun karakter2 komik ni bersubang, hisap rokok etc, tapi endingnya tetap ada unsur2 kearah kebaikan. Cuma aku tak sempat habis lukis dah nak SPM.. Pastu tak sambung pon..Ada 3 chapter semuanya..Seronok weh tengok lukisan zaman sekolah...weeeeee! =D





Ini adalah watak-watak asal yang dah dilukis semula.  =) Akan mula usaha melukis kembali komik ni selepas selesai dengan final exam. 


Ms. 1: Err..memang fail lukis bangunan..hehe..Oh, komik ni takkan diupload di facebook atau mana-mana laman sosial. Terlalu mahal untuk dikongsi. =b


Saturday, October 9, 2010

lukis! lukis! lukis! #2

Melukis melukis melukis~ Assignment banyak nak kena submit tapi still nak melukis. Quiz tak habis baca lagi, tapi still nak melukis. Final da dekat tapi still nak melukis. Nak study ke nak melukis Suppie oiiii~ >.<











Ok! Dah! Cukup! Tak mahu melukis dah..Masa untuk study and prepare untuk graduasi..lalalalala~ *muka poyo*

Komik: Disebalik iklan ubat gigi Colg*** yang korang tak tahu :p

Situasi: 
Seorang doktor gigi berdiri di tengah-tengah kompleks membeli belah dengan mesin pengimbasnya. Tiba-tiba menyapa seorang wanita yang dengan rela hati kemudian 'merelakan' gigi nya untuk imbasan dan pemeriksaan. Lepas dapat tahu yang gigi dia banyak germs (walaupun gosok gigi tiap-tiap hari) dia pon pulang untuk mencuba produk. Datang pula keesokan hari untuk imbasan kedua dan, WOW! Kuman sudah tiada. Hahaha~
Ntah la..Rasa tak masuk akal..Kasihan Doktor gigi tu..Sepatutnya beliau di klinik. :p



p/s: Dah tanya da member (seorang doktor gigi). Mesin imbasan tu sebenarnya tak wujud pon..Hehe~

KOMIK: Suatu Hari di Taman Bunga

Bersentuhan dengan sengaja dengan wanita yang bukan mahram tu permissible tak dalam Islam? Tentulah tak kan?ehehe..Tapi agak2 nya kenapa ramai orang buat? Jawapannya mudah je..Sebab tak boleh kawal nafsu. Nafsu tu bukan untuk kita stop, tapi untuk kita kawal. Nak kawal pula bukan mudah. Tapi insyaAllah..Setiap usaha kearah kebaikan tu akan ada ganjarannya...Kalau tidak di dunia, di akhirat kelak.. ^__________^



"bergomolan dengan khinzir itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". - Riwayat Ibn Majah