::SELAMAT DATANG::

Thursday, September 23, 2010

lukis! lukis! lukis!

Errr...macam orang lain, aku pon ada sesuatu yang aku minat buat. Ada orang yang minat ambil gambar, ada orang yang minat menulis, tulis lagu bla bla bla..Aku pula, minat sangat melukis. hahah..Tapi kadang-kadang, bukan semua benda yang kita minat buat tu kita boleh buat.

Seawal usia 12 tahun (tak silap) aku dah mula melukis. Masa form 1, aku sekelas pula dengan sorang mamat chinese, Chee Kok Ban nama dia (tapi aku panggil dia Chiken Bun..hahahahah). Walaupon nama dia lucu, tapi mamat ni power gila melukis! Stroke komik dia ala2 Pendekar Laut, komik Hong Kong. Aku pon ambil lah kesempatan tu tuk belajar melukis ngan dia. Banyak yang aku belajar dari mamat ni.


ini komik yang aku buat masa form 3. hehe.


lagi sketch masa zaman 'jahiliyyah' dulu..hehe. :b


Jadi, nak dipendekkan cerita, masa sekolah dulu aku memang addicted ngan melukis. Siap berlawan ngan budak2 cina kat sekolah (hahaha..bajet power ah masa tu..)

Lepas masuk UIA aku da tak melukis lagi (Concentrate study ah kunun2). Sampai lah satu hari, masa 2nd year di main campus, aku diapproach oleh seorang member (nama dirahsiakan..hehe) untuk melukis. Member ni siap belikan aku drawing pen sebagai galakan..isk! Terharu...Dari situ aku pon start lah melukis balik. Tapiii.....Bukan senang beb! Tangan sudah keras..Ilmu2 yang dituntut dulu ngan Chicken Bun pon aku dah lupa..So, kena start fresh ah..huhu..

Orang tua2 kata, belajar bertatih dulu kalau nak berlari. Ini lukisan aku sekarang: 



tak ada la lawa sangat. haha~


Sekarang, selain dari melukis benda2 yang mengarut, dalam hati aku masih nak menyumbangkan sesuatu untuk agama. Cuma, dalam usaha aku ni, sentiasa ada batasan. Apa boleh buat...Aku hanya ada pen, tapi tak ada "brain". hehe..Blaja dan blaja!!setakat ni da ada dalam 15 komik2 Islamik. Cukup 50 da boleh buat personal compilation ..woohoooo!!

Selain daripada kesedaran agama, aku juga da mula menyedari sesuatu. BAKAT dan KEBOLEHAN adalah 2 benda yang berbeza. Semua orang BOLEH melukis, tapi bukan semua orang ada BAKAT untuk melukis. Jadi, aku akan gunakanlah KEBOLEHAN yang tak seberapa ni untuk buat sesuatu untuk bangsa dan Islam yang aku sangat cintai ni. InsyaAllah  ^________^



3 comments:

  1. sape suppie, sape.. siap belikan drawing pen. wee weee

    ReplyDelete
  2. haha..laki la..die nak suh aku melukis untuk dia nanye..tapi sampai sekarang tak siap2..hehe.

    ReplyDelete
  3. yg ko ni bkn namanya kebolehan tp bakat sebenarnya...bila ko boleh melukis mengikut imaginasi ko, itu namanya bakat... =)
    cm ak ni ye la namanya 'boleh' melukis...

    ReplyDelete